Skim Perantisan Nasional (SPN) satu program di bawah inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang
dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran dan menyediakan
peluang latihan serta pekerjaan untuk belia pasca COVID-19.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
- Memberi peluang kepada perantis untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang
pengajian ke dalam dunia pekerjaan sebenar.
- Meningkatkan tahap kebolehpasaran perantis melalui latihan soft-skills dan on the job
training.
- Menyediakan sistem sokongan kepada belia untuk memudahkan mendapat pekerjaan.
- Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.
Kriteria Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18-30 tahun
- Lepasan sekolah/ graduan yang mengganggur/ tidak mempunyai pekerjaan tetap
Untuk maklumat lanjut hubungi :
- Puan Suraya binti Sulaiman – 03-88713265
- Cik Marcella@Ella binti Kopong – 03-88713264
- Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan – 03-88713463