Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota merupakan inisiatif penggalakan usahawan muda kota yang dirangka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kolaborasi agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dalam pembangunan usahawan. Kerajaan menjangka inisiatif ini dapat membantu seramai lebih kurang 1,000 orang anak muda yang kehilangan mata pencarian akibat kehilangan pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 dengan menyediakan kiosk atau ruang niaga untuk 1,000 orang usahawan di lokasi strategik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Melalui program ini, peserta akan mendapat peluang menceburi bidang perniagaan mengikut jenis perniagaan yang ditawarkan seperti berikut:
Syarat permohonan adalah seperti berikut :
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Ini masanya untuk anda bertindak dan mendaftar di portal usahawanwp.kwp.gov.my .