PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan menyediakan kemudahan Perkhidmatan Pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui Portal Pekerjaan MYFutureJobs. Kepada semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan perlu memanfaatkan kemudahan ini.
Portal Pekerjaan MYFutureJobs PERKESO ini amat unik kerana ia dibangunkan dengan aplikasi pintar berasaskan teknologi Artificial Intelligence dari Eropah yang disesuaikan dengan konteks Malaysia. Para pencari kerja boleh membuat carian pekerjaan yang lebih tepat dan bersesuaian mengikut kelayakan akademik, kemahiran dan kompetensi diri yang diperlukan oleh majikan yang menawarkan pekerjaan.
Portal ini bukan sahaja mempunyai akses kepada mendapatkan padanan pekerjaan tetapi juga dapat membantu mengenalpasti jurang pekerjaan. Di samping itu pencari kerja yang berdaftar akan dilibatkan secara aktif untuk menyertai Program Pasaran Buruh Aktif Semasa termasuk Siri Program Temuduga Terbuka dan Program Kebolehpasaran pekerjaan oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri yang dianjurkan oleh PERKESO.
Justeru itu, semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan adalah dialu-alukan mendaftar dan menggunakan kemudahan Portal Pekerjaan MYFutureJobs PERKESO ini yang disediakan secara percuma kepada anda.
Untuk pendaftaran MYFutureJobs, sila layari :