Platform ini digerakan melalui sinergi dan koordinasi multi sektor agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dalam aspek pembangunan sosioekonomi golongan belia terutama menjelang pasca COVID-19.
Program Skim Perantisan Nasional merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
Kriteria Permohonan
Untuk maklumat lanjut hubungi :
Rizal Asyraaf bin Ramli : 03-8871 3277
Ruhaifie bin Baba : 03-8871 3338
Untuk pendaftaran SPN, sila layari :
Bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan
menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal sekaligus membantu belia yang terkesan akibak
penularan wabak COVID-19.
Selain itu, dapat membantu dalam mencipta peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana pendapatan dan meransang peningkatan ekonomi negara.
Terdapat dua (2) program utama di bawah payung myGIG iaitu :
i. myGIG Servis - akan menfokuskan kepada belia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan yang ditawarkan oleh platform-platform gig di bawah program eRezeki kendalian MDEC seperti tugasan penghantar makanan dan barangan, menjalankan tinjauan, kru acara, juruteknik dan lain-lain lagi.
Untuk pendaftaran myGIG Servis, sila layari :
ii. myGIG Digital Freelance - menfokuskan kepada belia yang mempunyai kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor, dan pereka grafik di mana mereka akan dilatih di bawah program GLOW kendalian MDEC untuk menjadi pekerja bebas digital (digital freelancer) di atas platform-platform antarabangsa.
Untuk pendaftaran myGIG Digital Freelance, sila layari :
PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan menyediakan kemudahan Perkhidmatan Pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui Portal Pekerjaan MYFutureJobs. Kepada semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan perlu memanfaatkan kemudahan ini.
Portal Pekerjaan MYFutureJobs PERKESO ini amat unik kerana ia dibangunkan dengan aplikasi pintar berasaskan teknologi Artificial Intelligence dari Eropah yang disesuaikan dengan konteks Malaysia. Para pencari kerja boleh membuat carian pekerjaan yang lebih tepat dan bersesuaian mengikut kelayakan akademik, kemahiran dan kompetensi diri yang diperlukan oleh majikan yang menawarkan pekerjaan.
Portal ini bukan sahaja mempunyai akses kepada mendapatkan padanan pekerjaan tetapi juga dapat membantu mengenalpasti jurang pekerjaan. Di samping itu pencari kerja yang berdaftar akan dilibatkan secara aktif untuk menyertai Program Pasaran Buruh Aktif Semasa termasuk Siri Program Temuduga Terbuka dan Program Kebolehpasaran pekerjaan oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri yang dianjurkan oleh PERKESO.
Justeru itu, semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan adalah dialu-alukan mendaftar dan menggunakan kemudahan Portal Pekerjaan MYFutureJobs PERKESO ini yang disediakan secara percuma kepada anda.
Untuk pendaftaran MYFutureJobs, sila layari :
PENJANA - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara berjumlah RM 35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai PENJANA, sila layari :
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus 2020). Sehubungan dengan itu, DOSM ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) berikut:
Penyelia (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Diploma/ Setaraf)
Tempoh Lantikan : 21 September – 31 Oktober 2020
Kadar Upah : RM72.00 sehari
Pembanci (Sijil Pelajaran Malaysia/ Setaraf)
Tempoh Lantikan : 1 – 24 Oktober 2020
Kadar Upah : RM54.00 sehari
Untuk pendaftaran MyCensus 2020, sila layari :
CIDB sedang mencari individu yang terkesan/menganggur akibat pandemik COVID-19 untuk menyertai Program Penempatan Pekerjaan dalam bidang Pengurusan Fasiliti (FM). Keutamaan diberikan kepada personel teknikal yang masih menganggur/diberhentikan akibat pandemik COVID-19. Pemohon mestilah terdiri daripada lepasan Sijil/Diploma/Ijazah dan Sarjana dalam bidang teknikal.
Faedah Program
Peluang untuk penempatan pekerjaan dengan syarikat Pengurusan Fasiliti (FM) selama tiga (3) bulan/lebih. *Tertakluk dengan kelulusan CIDB.
Elaun diberikan.
Kemasukan segera.
Sebarang pertanyaan berhubung pemohonan boleh diemailkan ke placement@cidb.gov.my
Untuk pendaftaran Program Penempatan Pekerjaan Dalam Syarikat Pengurusan Fasiliti (FM), sila layari :
Program Penempatan Pekerjaan Dalam Syarikat Pengurusan Fasiliti (FM)
Pembangunan Sumber Manusia Berhad mengalu-alukan mereka yang sedang mencari kerja. Kami menawarkan platform untuk memadankan anda dengan bakal majikan serta menawarkan latihan dan kemahiran berasaskan industri.
Ini masanya untuk anda bertindak dan mendaftar di portal HRDF.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, hubungi kami di placementcentre@hrdf.com.my
Untuk pendaftaran PENJANA HRDF - Job Placement, sila layari :
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan
Persekutuan, 62570 Putrajaya.
Tel : 012-3624086 / 03-8871 3344/3329 | Faks : +603-8871 3342 | Emel : myprofil@iyres.gov.my | Privacy Policy