Setelah berjaya log masuk, tekan menu Dashboard untuk ke bahagian Dashboard. Anda akan dipaparkan dengan maklumat peribadi bersama maklumat lain yang terdapat pada bahagian ini. Untuk mengemaskini maklumat peribadi, tekan pada side-menu Kemaskini Profil.
Sila isi semua maklumat dengan lengkap - bermula dengan Maklumat Peribadi.
Untuk menukar kata laluan, tekan pada side-menu Tukar Kata Laluan.
Kemudian masukan kata laluan sekarang/asal, dan masukan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan baru.
Setelah selesai, tekan butang Tukar Kata Laluan.
Untuk mengemaskini pengalaman dahulu, tekan pada side-menu Pengalaman Terdahulu.
Senarai pengalaman yang telah dimasukan akan disenaraikan di sini. Jika anda belum memasukan sebarang maklumat pengalaman terdahulu, ianya akan memaparkan kosong sahaja.
Untuk mengemaskini dokumen sokongan, tekan pada side-menu ‘Dokumen Sokongan’.
Jika anda telah memuatnaik mana-mana dokumen sokongan, halaman ini akan memaparkan pautan paparan untuk dokumen tersebut. Jika belum memuatnaik apa-apa dokumen, tiada pautan paparan akan dipaparkan.
Untuk melihat status permohonan terhadap tawaran iklan yang telah dipohon, tekan pada side-menu ‘Status Permohonan’.
Setelah itu, senarai projek yang telah dipohon akan dipaparkan bersama status permohonan.
Untuk melihat status projek ICE terhadap tawaran iklan yang telah berjaya, tekan pada side-menu 'Status Projek'.
Setelah itu, senarai projek yang telah dipohon akan dipaparkan bersama status permohonan. Jika masih belum ada projek yang mempunyai status, tiada maklumat akan dipaparkan.
Halaman ‘Permohonan IYRES Community Enumerator (ICE)’ akan dipaparkan bersama maklumat projek dan maklumat peribadi anda. Jika semua kelayakan anda sempurna, butang ‘Hantar Permohonan’ akan dipaparkan dan aktif. Tekan butang tersebut untuk menghantar permohonan anda.
Jika butang tersebut tidak aktif, sila pastikan maklumat yang masukan telah sempurna. Sila pastikan:
Salinan Kad Pengenalan & Salinan Bank Akaun anda telah dimuatnaik.
Untuk menghantar penrtanyaan kepada pentadbir, tekan menu ‘Pertanyaan’ dan borang pertanyaan akan dipaparkan.
Sila penuhkan dengan lengkap maklumat yang tertera di dalam borang dan apabila telah sedia untuk dihantar, takan butang ‘Hantar’.