Latihan & Kemahiran

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

i. Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP)

Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP) merupakan program inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam usaha meningkatkan penyertaan usahawan kecil dan sederhana menjalankan perniagaan melalui platform e-dagang. Objektif Program JUMP Memberi pendedahan dan latihan digital kepada usahawan mikro dan PKS; dan Membantu menurunkan kos operasi, memperoleh sasaran pelanggan baru serta mengoptimumkan sumber IKS. Kriteria Usahawan Bagi Program JUMP • Usahawan mikro dan PKS; • Usahawan merupakan pemilik produk atau pengedar yang sah; • Mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan patuh Syariah; • Menjalankan perniagaan sedia ada secara fisikal (outlet/kiosk dsb) atau secara atas talian; dan • Peserta celik IT. Manfaat program: • Latihan dan bimbingan diberikan secara Percuma • Berpeluang mengembangkan perniagaan kearah digital • Berpeluang mengikuti program anjuran PERNAS Tarikh Pelaksanaan : 7 & 8 September 2021 Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang

Kumpulan Sasaran : 1. Belia Massa 2. Belia Berkerjaya

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn. Nur Azzatun, Ketua Seksyen E Franchise Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

  • Nombor tel : 019-663 3100
  • Emel : nur.azzatun@pernas.my

Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP)