Latihan & Kemahiran

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

i. Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) berperanan dalam mengendalikan program-program latihan keusahawanan MARA. Perlaksanaan program keusahawanan ini dibuat melalui Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah di seluruh Negara

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)

ii. Latihan Keusahawanan

Latihan Keusahawanan merupakan kursus-kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Latihan Keusahawanan

iii. Coaching and Mentoring

Coaching and Mentoring merujuk kepada proses membimbing usahawan daripada coach dan mentor yang berkepakaran dan berpengalaman bagi tujuan membangunkan usahawan dan memantau prestasi syarikat. Syarikat akan mendapat bimbingan terus daripada coach dan mentor iaitu pemudahcara yang terdiri daripada pemain industri, ahli akademik dan syarikat korporat.

Coaching and Mentoring

iv. Pakar Perunding

Panel Pemudah Cara (PMC) dan Panel Perunding Cara (PRC) Keusahawanan MARA adalah pakar rujuk bagi pihak MARA untuk usahawan-usahawan yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam perniagaan di samping membantu mereka meningkatkan prestasi perniagaan.

Pakar Perunding