Latihan dan Kemahiran

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

i. INSKEN BUMIPUTERA BUSINESS COACHING (IBBC)

IBBC? Ya, IBBC ni sama sahaja dengan INSKEN Business Coaching (IBC). Cuma tahun ini akan dikenali dengan nama IBBC.

Sebuah program bimbingan komprehensif dari individu dan tokoh berpengalaman dalam industri. Program ini memberi akses kepada anda untuk belajar dan menimba pengalaman dari tokoh industri selama 4 bulan. Tujuan akhirnya adalah membantu meningkatkan kemahiran anda di samping melonjak pertumbuhan dan prestasi bisnes.

Modul masih sama. Tempoh bimbingan juga masih sama iaitu selama 4 bulan. Bimbingan ni secara one-on-one mengikut spesifik industri seperti Homestay, Spa, Dobi dan banyak lagi.

Tapi bukan bimbingan one-on-one je selama 4 bulan ni. Ada lawatan penanda aras, latihan teknikal perniagaan dan korang memang bebas untuk berhubung dengan coach atau peserta walaupun dah habis 4 bulan program

INSKEN BUMIPUTERA BUSINESS COACHING (IBBC)