Apa Itu
Enumerator ,
Pengekod Data & Transcriber?
Enumerator
Individu yang dilantik oleh pengurusan IYRES
sebagai petugas yang menjalankan
aktiviti
pengumpulan data semasa kerja lapangan
kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.
PENGEKOD DATA
Individu yang dilantik oleh IYRES bagi
menjalankan aktiviti pengekod data
(data entry) daripada
dokumen/instrumen kepada sesuatu
sistem atau perisian yang telah
ditetapkan.
TRANSCRIBER
Individu yang dilantik oleh IYRES bagi
menjalankan aktiviti transkripsi atau
proses penyalinan data penyelidikan
daripada bahan rakaman semasa
melaksanakan proses pungutan data di
kajian lapangan.
Siapa
Yang
Boleh Mendaftar Sebagai ICE?
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun dan berminat dalam
aktiviti penyelidikan.
Apakah Manfaat
Yang Boleh
Diperolehi Jika Mendaftar Sebagai ICE?
1. Mendapat pendedahan mengenai penyelidikan sosial
2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan komuniti setempat
3. Mencipta peluang pekerjaan kepada golongan belia
4. Membentuk potensi diri sebagai pelapis penyelidik berkarisma serta holistik
dalam pelbagai aspek.
Sekiranya Saya Berminat
Bagaimana Cara Untuk
Mendaftar?
Pendaftaran adalah PERCUMA. Sila layari di pautan
https://ebelia.iyres.gov.my/register
Klik Daftar (bagi pendaftaran akaun baharu) / Log Masuk (bagi yang telah mendaftar &
pengemaskinian maklumat)
Log Masuk