Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
i. Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Pendaftaran Perniagaan Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya
Syarikat
Malaysia (SSM) bagi Golongan Belia dan Ibu Tunggal dalam Kumpulan B40 dan Pelajar IPT
Sepenuh
Masa
-
Berkuatkuasa pada 22 Disember 2020, Golongan Belia dan Ibu tunggal dalam kumpulan
berpendapatan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S), yang
ingin
mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran. Skim
ini
dilaksanakan sehingga peruntukan geran ini habis digunakan.
-
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM ini diberikan untuk tempoh satu tahun
perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini
dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
-
Pengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:
-
Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan –
RM30
setahun;
-
Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri
dari
kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60
setahun;
dan
-
Cetakan maklumat – RM10.
-
Kategori Permohonan yang layak untuk skim ini seperti berikut:
-
Kategori Belia B40:
-
Warganegara berumur 18 hingga 30 tahun mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
-
Mengikut umur maksima 30 tahun berdasarkan definisi Dasar Belia;
-
Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
-
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)