Dana & Kemudahan

Kementerian Sumber Manusia

i. Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Lepasan Sekolah oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK. Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Untuk pendaftaran Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Lepasan Sekolah oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, sila layari :

Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Lepasan Sekolah

ii. Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Pekerja

Pembiayaan pinjaman ini bertujuan meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara:

  1. Menjalani latihan semula (Reskiling)
  2. Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada (Multiskiling)
  3. Menjalani latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap (Upskiling) , atau
  4. Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja

Untuk pendaftaran Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Pekerja, sila layari :

Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Pekerja

iii. Pembiayaan Malaysia Meister Programme

Program pembiayaan untuk peningkatan tahap kemahiran yang diberikan kepada pekerja tempatan samada pekerja awam atau swasta sebagai persediaan menjadi pakar industri dalam bidang pekerjaan yang diceburi.

Untuk pendaftaran Pembiayaan Malaysia Meister Programme, sila layari :

Pembiayaan Malaysia Meister Programme

iv. Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Siswazah)

Pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan Siswazah (diploma/ijazah) secara PERCUMA. Program ini memberi peluang kepada graduan diploma dan ijazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya mereka yang masih menganggur /tiada pekerjaan tetap atau ingin meningkatkan kemahiran diri.

Untuk pendaftaran Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Siswazah), sila layari :

Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Siswazah)