Dana & Kemudahan

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

i. Program Agropreneur Muda

Program untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Untuk pendaftaran Program Agropreneur Muda, sila layari :

Program Agropreneur Muda


ii.Kelab MYAGROSIS oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Pendedahan secara hands-on mengenai aspek pertanian melalui tiga bidang perniagaan tani:

  1. Agro Niaga - Merangkumi bidang perniagaan tani, peruncitan, pemprosesan, pemasaran dan industri asas tani.
  2. Agro Ladang - Merangkumi bidang perniagaan tani penanaman, perikanan, penternakan, landskap dan florikultur.
  3. Agro Inovasi - Merangkumi bidang perniagaan tani berasaskan kreatif tani, inovasi R&D, pelabelan, pembungkusan, dan pembaharuan produk serta pemodenan mesin-mesin asas pertanian yang bersaiz kecil.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kelab MYAGROSIS, sila layari :

Kelab MYAGROSIS