Dana & Kemudahan

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

i. Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN)

Menyediakan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera sebagai sokongan untuk memulakan / mengembangkan perniagaan di dalam pelbagai industri kecil dan sederhana. Skim Pembiayaan Perniagaan yang ditawarkan dikategorikan mengikut kumpulan sasaran, jenis perniagaan dan tujuan pembiayaan diperlukan. Had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM1,000,000.00.

Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN)

ii. Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)
  1. Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan
  2. Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.
  3. Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)

iii. Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)
  1. Kemudahan Pembiayaan khusus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) kecuali ketidakupayaan mental untuk berdikari dengan mengusahakan perniagaan sendiri
  2. Had Pembiayaan RM50,000.00

Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)

iv. Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  1. Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi menjalankan perniagaan yang bersifat komersil
  2. Had Pembiayaan Minima RM10,000.00 Maksima RM50,000.00

Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi)

v. Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
  1. Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
  2. Had Pembiayaan RM50,000.00

Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

vi. Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business/ Karavan)
  1. Pembiayaan yang dikhaskan untuk membeli trak/ karavan (mobile truck) sama ada di dalam bidang makanan atau peruncitan.
  2. Had Pembiayaan:
    • Milikan Tunggal / perkongsian RM250,000.00
    • Syarikat Sdn. Bhd RM500,000.00

Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business/ Karavan)

vii. Profesional
  1. Pembiayaan khas kepada usahawan profesional seperti doktor, akauntan, farmasi, peguam, arkitek dan sebagainya.
  2. Had Pembiayaan:
    • Milikan Tunggal / perkongsian RM250,000.00
    • Syarikat Sdn. Bhd RM500,000.00

Profesional

viii. PUTEK
  1. Pembiayaan untuk pembelian mesin dan peralatan dengan 40% geran pembiayaan jika rekod bayaran balik adalah baik.
  2. Had Pembiayaan:
    • Pembelian mesin dan peralatan
      • Minima: RM3,000.00
      • Maksimum:RM500,000.00
    • Modal Pusingan 3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terendah

PUTEK

ix. SPiM
  1. Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan kapasiti & mengembangkan perniagaan
  2. Had Pembiayaan:
    • Milikan Tunggal / perkongsian RM250,000.00
    • Syarikat Sdn. Bhd RM500,000.00

SPiM

x. SPiM Tekno
  1. Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera dalam bidang teknologi dan ICT ke arah IR 4.0
  2. Had Pembiayaan:
    • Milikan Tunggal / perkongsian RM250,000.00
    • Syarikat Sdn. Bhd RM500,000.00

SPiM Tekno

xi. MARA Integrated Smart Auto (MISA)
  1. Pembiayaan khusus kepada usahawan automotif yang berhasrat untuk meningkatkan skop perniagaan (2S – 5S).
  2. Had Pembiayaan RM1,000,000.00

MARA Integrated Smart Auto (MISA)

xii. PRiN
  1. Pembiayaan yang ditawarkan kepada pengilang Bumiputera yang terlibat di dalam bidang pengeluaran (Produk) dan lain-lain perniagaan
  2. Had Pembiayaan RM1,000,000.00

PRiN

xiii. SPiKE / SPiKE GLC
  1. Pembiayaan yang ditawarkan kepada kontraktor Bumiputera sebagai modal kerja kontrak yang diterima daripada kerajaan / agensi / GLC
  2. Had Pembiayaan RM1,000,000.00

SPiKE / SPiKE GLC

xiv. Skim Usahawan MARA (SJUM)
  1. Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera dengan kerjasama bank melalui jaminan oleh MARA sehingga 80%
  2. Had Pembiayaan RM2,000,000.00

Skim Usahawan MARA (SJUM)

xv. Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)
  1. Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan dengan kerjasama SME Corp untuk pasaran eksport dan antarabangsa.
  2. Had Pembiayaan RM2,500,000.00

Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

xvi. Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK)

Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) berperanan menyokong pembangunan ekonomi melalui penyediaan lot ruang niaga serta premis persekitaran yang kondusif, lengkap dengan kemudahan dan terletak di kawasan yang strategik serta komersial. BIK juga mewujud dan membangunkan peluang-peluang perniagaan dalam industri strategik melalui kerjasama dengan pemain industri automotif, makanan dan minuman, pembinaan, gaya hidup dan perkhidmatan. Penambahbaikan infrastruktur di Kawasan Industri MARA (KIM) bertujuan untuk pensijilan MESTI, HALAL dan Good Manufacturing Product (GMP) ke arah menjadikan KIM sebagai sebuah HALAL Park.

Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK)

xvii. AKSES PASARAN – BizNetwork

BIZNETWORK adalah adalah platform untuk membantu usahawan tempatan mengadakan promosi jualan dan produk serta membina networking secara talian.

AKSES PASARAN – BizNetwork

xviii. AKSES PASARAN – Jana Niaga

Program kerjasama MARA dengan Shopee untuk mengembangkan dan memperluaskan pasaran produk usahawan melalui platform e-dangang

AKSES PASARAN – Jana Niaga

xix. AKSES PASARAN – Gate To Global

Mengembangkan ekses pasaran bagi syarikat tempatan Bumiputra kepada pasaran global

AKSES PASARAN – Gate To Global

xx. Kompleks Industri Makanan Mara (KIMAR)

Kompleks Industri Makanan Mara (KIMAR) merupakan kompleks yang menyediakan kemudahan penyewaan ruang kilang dan pejabat.

Penubuhan KIMAR adalah untuk membantu usahawan dalam memberi khidmat sokongan dan perundingan “technology and knowledge provider” yang berkaitan dengan industri makanan.

Kompleks Industri Makanan Mara (KIMAR)

xxi. Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM)

Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM) merupakan sebuah Pusat Latihan Pengilangan untuk pemprosesan menghasilkan produk berasaskan makanan (konsep teaching factory). INTEM juga menyediakan perkhidmatan sokongan seperti analisa makmal, penyelidikan dan pembangunan serta menjalankan aktiviti pengilangan produk industri. Proses pembuatan makanan yang dijalankan memenuhi keperluan piawaian Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analytical Critical Control Point (HACCP) serta Pensijilan Halal.

Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM)

xxii. Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU)
  1. Meningkatkan penyertaan Usahawan Bumiputera dalam bidang pengeluaran makanan berkonsepkan Anchor-Vendor di pelbagai sektor yang mempunyai rantaian nilai.
  2. Menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuklah penglibatan tenaga profesional untuk tugasan berpiawaian tinggi.
  3. Menggalakkan pertumbuhan daya pengeluaran hasil tempatan khususnya sektor pertanian dan asas tani melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU)