Skim Perumahan Belia mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan kini dikendalikan oleh BSN Malaysia mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.
Skim ini menawarkan jaminan pinjaman 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama, terhad kepada 10,000 unit rumah berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’
Syarat adalah : • Warganegara Malaysia
Memberi peluang rakyat memiliki kediaman dengan bantuan pembiayaan deposit rumah pertama sehingga 20%. Pembeli boleh mendapat pinjaman sehingga RM30,000 tanpa perlu membayar balik selama lima tahun pertama.
Pinjaman deposit tersebut hanya perlu dibayar balik pada akhir tahun kelima menduduki rumah yang telah dibeli.
Namun skim tersebut terdapat sedikit kekurangan di mana pembeli perlu menyediakan wang deposit sebanyak 20% dari harga rumah bagi membeli rumah-rumah di bawah projek FundMyHome ini.
Contohnya; pembeli rumah yang ingin membeli rumah bernilai RM307,000 perlu membayar 20 peratus daripada harga belian atau RM61,400 untuk memilik rumah tersebut.
Memandangkan isu utama anak muda ialah kekurangan modal untuk menyediakan wang deposit, jadi kerajaan melancarkan FundMyHome + Depositku.
Melalui gabungan skim tersebut, pembeli yang sama kini boleh memohon pinjaman sebanyak RM30,000 dari kerajaan untuk membantu pembayaran sebanyak 20 peratus yang diperlukan itu.
Skim ini menyediakan para pembeli yang kurang berkemampuan untuk menyewa rumah tersebut dalam tempoh tertentu sehingga mencapai tempoh matang untuk menukar taraf bayaran sewaan bulanan rumah kepada bayaran bulanan untuk memiliki atas nama sendiri.
Rent to Own (RTO) diperkenalkan untuk membantu pemohon atau bakal pembeli rumah PPR yang tidak layak menerima pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan. Golongan muda berpendapatan bawah RM3,000 yang ingin memiliki rumah pertama
Memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan selama tiga (3) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.