Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
i. SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)
-
Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar meliputi 182 kawasan parlimen di dalam semua bidang
ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
-
Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak
menyalahi undang-undang seperti berikut:
- Pembuatan
- Perkhidmatan
- Pertanian (Bank Rakyat sahaja)
- Pelancongan Desa
-
Minimum RM20,000.00 dan tidak melebihi maksimum RM250,000.00 untuk setiap permohonan
SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)
ii. SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)
-
Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) merupakan pemberian geran padanan
70:30 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertujuan untuk
meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat luar bandar melalui program keusahawanan.
-
Kadar Pemberian geran
Pemberian geran padanan 70:30;
- Nilai minimum geran yang ditawarkan adalah sebanyak RM20,000.00; dan
- Nilai maksimum geran yang ditawarkan pula dihadkan kepada RM100,000.00.
SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR
(SPKLB)
iii. RURAL PREMIUM GATEWAY
-
Program RPG@KPLB dirangka sebagai satu program untuk pengkomersilan produk-produk usahawan desa
untuk dipasarkan di platform-platform premium dalam negara. Sebagai permulaan, platform premium
yang telah dikenalpasti adalah outlet Sense of Malaysia (SOM) milik Malaysia Airport Holding
Berhad (MAHB) yang terletak di enam buah lapangan antarabangsa di seluruh Malaysia.
-
Program RPG@KPLB dirangka sebagai satu program untuk pengkomersilan produk-produk usahawan desa
untuk dipasarkan di platform-platform premium dalam negara. Sebagai permulaan, platform premium
yang telah dikenalpasti adalah outlet Sense of Malaysia (SOM) milik Malaysia Airport Holding
Berhad (MAHB) yang terletak di enam buah lapangan antarabangsa di seluruh Malaysia.Program
pengkomersilan produk ini menyasarkan usahawan luar bandar yang mempunyai produk berpotensi
untuk dibangunkan sebagai produk premium serta mempunyai ‘niche market’ tersendiri yang
membolehkan produk dijual dengan harga premium
RURAL PREMIUM GATEWAY
iv. RURAL BUSINESS OUTLET
-
Rural Business Outlet (RBO@KPLB) adalah sebuah outlet berkonsepkan pusat sehenti yang memasarkan
produk-produk usahawan desa yang terpilih. RBO@KPLB menyediakan platform pemasaran kepada produk
usahawan bimbingan KPLB yang berpotensi. Selain itu, program ini juga membantu untuk menyediakan
platform promosi produk usahawan desa di pasaran komersil.
-
Program pemasaran produk ini menyasarkan usahawan luar bandar yang telah mendapat bimbingan
KPLB. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang mempunyai alamat perniagaan di kawasan parlimen
luar bandar dan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
RURAL BUSINESS OUTLET