Kemudahan Teknologi Tinggi - Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA)
Kemudahan bernilai RM1 bilion ini bertujuan untuk membantu PKS berteknologi tinggi dan berorientasikan inovasi yang terjejas untuk pulih dan menggiatkan semula kapasiti inovasi negara. Kemudahan ini ditawarkan pada kadar faedah pembiayaan sehingga 3.5% setahun untuk pembiayaan tanpa jaminan atau sehingga 5% setahun termasuk fi jaminan (dengan perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Kemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana yang lebih awal).
Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
Kemudahan ini akan dinaikkan nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta untuk menyokong perusahaan mikro termasuk pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan pekerja yang bekerja sendiri. Kemudahan ini adalah untuk modal kerja dan perbelanjaan modal.
Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)
Kemudahan pinjaman bernilai RM2 bilion ini adalah untuk membantu PKS dalam sektor perkhidmatan. Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5% setahun dan boleh diperoleh melalui institusi kewangan peserta, dengan perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC). Kemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana yang lebih awal).
Untuk maklumat lanjut , sila layari :