Program untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Untuk pendaftaran Program Agropreneur Muda, sila layari :
Pendedahan secara hands-on mengenai aspek pertanian melalui tiga bidang perniagaan tani:
Untuk maklumat lanjut mengenai Kelab MYAGROSIS, sila layari :
Memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK. Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Untuk pendaftaran Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Lepasan Sekolah oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, sila layari :
Pembiayaan pinjaman ini bertujuan meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara:
Untuk pendaftaran Pinjaman Latihan Kemahiran Bagi Pekerja, sila layari :
Program pembiayaan untuk peningkatan tahap kemahiran yang diberikan kepada pekerja tempatan samada pekerja awam atau swasta sebagai persediaan menjadi pakar industri dalam bidang pekerjaan yang diceburi.
Untuk pendaftaran Pembiayaan Malaysia Meister Programme, sila layari :
Pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan Siswazah (diploma/ijazah) secara PERCUMA. Program ini memberi peluang kepada graduan diploma dan ijazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya mereka yang masih menganggur /tiada pekerjaan tetap atau ingin meningkatkan kemahiran diri.
Untuk pendaftaran Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Siswazah), sila layari :
Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Siswazah)
Menyediakan rumah yang selesa lagi berkualiti serta mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan. Residensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”.
Untuk pendaftaran Program Residensi Wilayah, sila layari :
Konsep pelaksanaan sewaan bilik bagi Perumahan Bandar adalah kemudahan penyewaan bilik kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan bekerja di mana sewaan bilik adalah secara berkongsi, iaitu 1 bilik yang melibatkan 4 katil atau 1 bilik yang melibatkan 6 katil. Tempoh Penyewaan ialah 12 bulan (minimum) dan 18 bulan (maksimum).
Untuk pendaftaran Perumahan Bandar (Micro Housing) DBKL, sila layari :
Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran Motorsikal di Lembah Klang dan Seremban sahaja buat masa ini. Skim ini bertujuan memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 lalu.
Untuk pendaftaran Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur, sila layari :
Skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro, sila layari :
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro atau Covid Business Recovery – Micro (CBRM)
Menyediakan pelbagai produk dalam bentuk pembiayaan modal kepada masyarakat khususnya usahawan tempatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tekun Niaga, sila layari :
Untuk maklumat lanjut mengenai Teman Tekun, sila layari :
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim TemanNita, sila layari :
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Kontrak-I, sila layari :
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), sila layari :
Pihak kerajaan dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah meluluskan Projek Pertanian Bandar untuk kita semua. Dengan adanya projek ini, kerajaan berharap ia dapat membantu mengurangkan kos sara hidup orang bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat PKP. Orang kampung juga boleh memohon projek ini dengan syarat warganegara Malaysia dan umur 18 tahun ke atas.
Projek ini dipecahkan kepada 2 kategori.
1. Kategori Komuniti
Projek dilaksana di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
2. Kategori Individu
Projek dilaksanakan secara individu di kawasan kediaman masing - masing.
Untuk pendaftaran Projek Pertanian Bandar, sila layari :