Peluang Pekerjaan

Program Skim Perantisan Nasional (SPN)

Program Skim Perantisan Nasional merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19.

Objektif program ini adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman pekerjaan kepada belia.
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training.
  3. Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Kriteria Permohonan

  1. Berumur tidak melebihi 35 tahun.
  2. Memiliki SPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Kemahiran yang diiktiraf kerajaan dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.
  3. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
  4. Tiada rekod jenayah.
  5. Tidak bankrap.
  6. Bersetuju mengikuti program secara sepenuh masa.

Untuk maklumat lanjut hubungi :

Rizal Asyraaf bin Ramli : 03-8871 3277

Ruhaifie bin Baba : 03-8871 3338

Untuk pendaftaran SPN, sila layari :