Peluang Pekerjaan

Dalam usaha membantu golongan belia menghadapi pasca pandemic COVID-19, KBS berperanan menyediakan platform one-stop center kepada belia untuk mendapatkan maklumat berhubung inisiatif yang disediakan dan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan seperti peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan.

Platform ini digerakan melalui sinergi dan koordinasi multi sektor agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dalam aspek pembangunan sosioekonomi golongan belia terutama menjelang pasca COVID-19.

1. myGIG

Bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig sebagai pekerjaan menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal sekaligus membantu belia yang terkesan akibak penularan wabak COVID-19.

Selain itu, dapat membantu dalam mencipta peluang pekerjaan dan seterusnya membantu menjana pendapatan dan meransang peningkatan ekonomi negara.

Terdapat dua (2) program utama di bawah payung myGIG iaitu :

i. myGIG Servis - akan menfokuskan kepada belia yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja atau tugasan yang ditawarkan oleh platform-platform gig di bawah program eRezeki kendalian MDEC seperti tugasan penghantar makanan dan barangan, menjalankan tinjauan, kru acara, juruteknik dan lain-lain lagi.

Untuk pendaftaran myGIG Servis, sila layari :

ii. myGIG Digital Freelance - menfokuskan kepada belia yang mempunyai kemahiran khusus seperti web designing, content creator, content writer, editor, dan pereka grafik di mana mereka akan dilatih di bawah program GLOW kendalian MDEC untuk menjadi pekerja bebas digital (digital freelancer) di atas platform-platform antarabangsa.

Untuk pendaftaran myGIG Digital Freelance, sila layari :

2. NATIONAL EMPLOYMENT SERVICES – (PERKESO)

PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan menyediakan kemudahan Perkhidmatan Pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui Portal Pekerjaan EISJobs. Kepada semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan perlu memanfaatkan kemudahan ini.

Portal Pekerjaan EISJobs PERKESO ini amat unik kerana ia dibangunkan dengan aplikasi pintar berasaskan teknologi Artificial Intelligence dari Eropah yang disesuaikan dengan konteks Malaysia. Para pencari kerja boleh membuat carian pekerjaan yang lebih tepat dan bersesuaian mengikut kelayakan akademik, kemahiran dan kompetensi diri yang diperlukan oleh majikan yang menawarkan pekerjaan.

Portal ini bukan sahaja mempunyai akses kepada mendapatkan padanan pekerjaan tetapi juga dapat membantu mengenalpasti jurang pekerjaan. Di samping itu pencari kerja yang berdaftar akan dilibatkan secara aktif untuk menyertai Program Pasaran Buruh Aktif Semasa termasuk Siri Program Temuduga Terbuka dan Program Kebolehpasaran pekerjaan oleh pakar-pakar daripada pelbagai industri yang dianjurkan oleh PERKESO.

Justeru itu, semua pencari kerja khususnya golongan belia dan graduan adalah dialu-alukan mendaftar dan menggunakan kemudahan Portal Pekerjaan EISJobs PERKESO ini yang disediakan secara percuma kepada anda.

Untuk pendaftaran EIS Jobs, sila layari :

EIS Jobs

3. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

PENJANA - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara berjumlah RM 35 Billion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai PENJANA, sila layari :

PENJANA