Latihan & Kemahiran

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC)

i. PROGRAM PROTÉGÉ – Ready To Work (RTW)

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan graduan menganggur dengan memfokus program latihan dan bimbingan bersama industri. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai RTW, sila layari :

PROGRAM PROTÉGÉ – Ready To Work (RTW)


ii. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Menggalak dan meningkatkan penglibatan golongan belia dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui latihan keusahawanan berkaitan asas menjalankan perniagaan dan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai TUBE, sila layari :

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)