IYRES Community Enumerator (ICE)

Apa Itu IYRES Community Enumerator (ICE)?

Kumpulan belia yang bertindak sebagai Crew ICE yang membantu menjalankan aktiviti penyelidikan secara empirikal di pelbagai peringkat

Apa Itu
Enumerator , Pengekod Data & Transcriber?

Enumerator

Individu yang dilantik oleh pengurusan IYRES sebagai petugas yang menjalankan aktiviti pengumpulan data semasa kerja lapangan kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.

PENGEKOD DATA

Individu yang dilantik oleh IYRES bagi menjalankan aktiviti pengekod data (data entry) daripada dokumen/instrumen kepada sesuatu sistem atau perisian yang telah ditetapkan.

TRANSCRIBER

Individu yang dilantik oleh IYRES bagi menjalankan aktiviti transkripsi atau proses penyalinan data penyelidikan daripada bahan rakaman semasa melaksanakan proses pungutan data di kajian lapangan.
Siapa
Yang Boleh Mendaftar Sebagai ICE?
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun dan berminat dalam aktiviti penyelidikan.

Apakah Manfaat
Yang Boleh Diperolehi Jika Mendaftar Sebagai ICE?
1. Mendapat pendedahan mengenai penyelidikan sosial
2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan komuniti setempat
3. Mencipta peluang pekerjaan kepada golongan belia
4. Membentuk potensi diri sebagai pelapis penyelidik berkarisma serta holistik dalam pelbagai aspek.

Sekiranya Saya Berminat
Bagaimana Cara Untuk Mendaftar?
Pendaftaran adalah PERCUMA. Sila layari di pautan http://ebelia.iyres.gov.my/register
Klik Daftar (bagi pendaftaran akaun baharu) / Log Masuk (bagi yang telah mendaftar & pengemaskinian maklumat)

Log Masuk Daftar

Statistik Pengunjung

623406

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.

Tel : 012-3624086 / 03-8871 3344/3329 | Faks : +603-8871 3342 | Emel : myprofil@iyres.gov.my | Privacy Policy